14 Dec 2015

GULAI AYAM PALING SENANG

Gulai ayam ke kari ayam??confused onion head hehe.. kalau farah lah memang panggil gulai ayam. Kari ni macam lagi pekat, rasa kari kuat, rase rempah kuat etc. Tapi terpulang pada tempat lah kot panggil gulai @ kari. 

Haa..gulai ayam ni farah masak masa masak roti jala hari tu. memang sedap makan panas-panas.  Makan dengan nasi pon sedap, makan cicah roti keping pon sedap, nak ratah pon sedap ehehe. Hubby pon sat-sat dia pi bukak periuk nak ratah ayam evil smile onion head .

Nak resepi Roti jala  boleh klik sini ye

GULAI AYAM
OLEH: Farah Sanusi

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam  di potong kecil-kecil
5 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm halia (tumbuk)
1 batang serai (ketuk)
1 kotak santan pekat 200ml
1 paket rempah kari daging (campur air sikit jadikan pes)
garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA-CARA
1. Panaskan minyak. Tumis serai (kejap je). Masukkan bahan tumbuk, tumis sampai garing dan naik bau
2. Masukkan pes rempah kari, tumis sampai pecah minyak. 
 3. Masukkan ayam, kacau sampai ayam separuh masak.
4. Masukkan sedikt air sampai ayam tenggelam
5. Masukkan garam  
6. Masukkan santan bila ayam dah masak. Tambah je air kalau nak kuah lebih (tapi jangan sampai cair).
7. Kacau sampai mendidih. siap!

Nak letak ubi kentang pon boleh. Farah tak letak sebab masa masak tu tak de ubi kentang kat rumah hehe. Kalau nak letak ubi kentang, 1/2 ekor ayam tu boleh la pakai dalam 4 biji kentang. buang kulit pastu potong 4. Masukkan bila ayam dah hampir masak. Kentang kalau masuk awal sangat nanti lembik +hancur pulak. 


SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign