14 Dec 2015

TELUR REBUS MASAK MERAH @ SAMBAL TELUR REBUS

Resepi ni sebenarnya resepi mertua farah. Kalau resepi farah sendiri farah suka kaler dia lebih merah ahaaah onion head.
Resepi ni minta dengan mertua sebab dok tengok hubby macam suka sambal telur. tiap kali balik rumah mertua mesti dia dok ratah relax2 onion head

Orang tua-tua pesan kita kena belajar cara mak mertua masak sebab suami dah biasa dengan cara mak dia masak, jadi kita kena belajar lah cara mak mertua masak untuk menawan hati suami shy onion head. kekeke

Bila dah dapat resepi dari mama tengok-tengok lebih kurang je dengan cara farah masak sebenarnya. Cuma beza dia kurangkan cili kering tu. Sebab tu lah kaler tak berapa merah.Dan lagi satu farah suka guna cili boh hehe. 


TELUR MASAK MERAH @ SAMBAL TELUR
OLEH: Farah Sanusi

BAHAN-BAHAN
6 biji telur (direbus dan dikupas kulit)
1 biji bawang holland
3 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
7-10 cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 sudu besar sos tiram

CARA-CARA
1. Panaskan minyak. goreng telur yang sudah dikupas kulit. ketepikan.




2. Blend bawang holland, bawang merah, bawang putih bersama sedikit air.


3. Blendkan cili kering bersama sedikit air. (nak blend sekaligus ngan bawang pon boleh)



4. Tumis bahan 2 sampai naik bau. kemudian masukkan bahan 3. kacau rata





5. Masukkan sos tiram. Kacau.



6. Masukkan telur. kacau hingga sebati dengan kuah. siap!!




SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040

2 comments:

  1. Wow.. nmpk sedap..��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. makaseh~ saya lagi suka kalau goreng telur tu bagi garing =)

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign